topbella

Tuesday, June 7, 2011

KITA SEBENARNYA...

Kita sebenarnya … lebih gembira menyambut 1 January daripada 1 muharam
Kita sebenarnya … lebih tahu apa itu 14 February daripada 12 rabiulawal
Kita sebenarnya … lebih membesarkan hari sabtu dan ahad daripada hari jumaat
Kita sebenarnya … lebih khusuk mendengar lagu daripada mendengar azan
Kita sebenarnya … lebih suka menyebut hello daripada assalamualaikum
Kita sebenarnya … lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran
Kita sebenarnya … lehih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama
Kita sebenarnya … lebih suka kemungkaran daripada kebaikan
Kita sebenarnya … lebih bangga dengan kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan kita
Kita sebenarnya  lebih suka menuju ke syurga daripada neraka
tetapi layakkah kita dengan syurga ALLAH ? sesungguhnya, akhirat itu negeri yang kekal

Saturday, January 29, 2011

Ar-Raudah di Alam Maya..

Assalamualaikum... akhirnya... Ar-Raudah dapat juga menembusi alam maya. Ramai lagi yang tak kenal dengan Ar-Raudah ni. Jadi, jom kenali Ar-Raudah. Ar-Raudah merupakan nama surau Kolej Kediaman Tun Fatimah yang terletak berhampiran dengan Pejabat Kolej Kediaman Tun Fatimah.

Ini adalah banting yang terletak betul-betul depan foyer Kolej Kediamaan Tun Fatimah. Itupun kalau perasan lah... Hehe

Semoga pendekatan Ar-Raudah mengunakan cara berblogger dan facebook kali ini akan mudah untuk menyampaikan apa sahaja kepada warga Kolej Kediaman Tun Fatimah khususnya dan amnya kepada seluruh warga UTHM.

Sesiapa sahaja boleh menghantar apa-apa cadangan, masalah dan ape-ape aje ke email kami iaitu jomkesurauarraudah@gmail.com.



Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”



(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)


Jom Kenali Ar-Raudah

Batu Pahat, Parit Raja, Malaysia
Ar-Raudah merupakan nama surau di KK Tun Fatimah yang terletak di aras satu berhampiran dengan pejabat Kolej Kediaman Tun Fatimah.Surau Ar-Raudah adalah dibawah Biro Kerohanian & Etika Kolej Kediaman Tun Fatimah
 
AR-RAUDAH© Designed by: Compartidisimo